Wednesday, September 30, 2009

ZIKIR DAN PUASA MENYEMPITKAN RUANG PERJALANAN SYAITAN




Assalamualaikum wrt. brkth.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk hidup dan menikmati kurniaanNya di muka bumi ini. Bersyukur juga kita masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam yang mana tidak diberikan kepada penganut agama lain.

Rasulullah SAW bersabda; " Syaitan itu berjalan pada manusia melalui jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat perjalanannya dengan lapar dan zikrullah" (Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sekiranya diamati dengan betul, Rasulullah SAW telah memberi kita formula bagaimana mahu menyekat ruang perjalanan syaitan daripada menguasai kita. Kita boleh katakan dengan memperbanyakkan zikir dan juga puasa khususnya puasa sunat (Isnin dan Khamis) menguatkan kita berdepan dengan godaan syaitan.

Lebih-lebih kita masih lagi di bulan Syawal yang mana kita digalakkan untuk puasa enam. Bulan Ramadhan membuktikan dengan puasa yang sebenarnya mampu menahan kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Sekurang-kurangnya dengan melakukan amalan puasa sunat menjadikan kita lebih kuat dari segi rohani dan dalaman.

Pada masa yang sama, kita juga disuruh memperbanyakkan amalan zikir supaya kita sentiasa mengingati Allah SWT. Bukan setakat selepas melakukan ibadah solat bahkan ketika masa lapang dan waktu-waktu tertentu seperti ketika qiamullail.

Oleh: Shabab Muslim

0 comments:

Post a Comment