Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Saturday, November 21, 2009


Jenis-jenis Tahiyat (penghormatan) dalam Islam


DEFINASI TAHIYAT: Ucapan atau perbuatan yang menunjukan kepada selamat sejahtera atau kemulian. Firman Allah swt:

وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها

" Dan apabila seorang muslim memberi salam kepadamu dengan satu salam hendaklah kamu balas dengan yang lebih baik atau yang seumpama dengannya." ( 86 : an-Nisa )

JENIS-JENIS TAHIYAT (penghormatan)

1. Tahiyat masjid dengan solat. Nabi saw bersabda:


إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلي ركعتين


" Apabila seseorang masuk masjid, janganlah dia duduk melainkan setelah solat dua rakaat." (HSahih Bukhari dan Muslim)

2. Tahiyat Ka'bah dengan tawaf. Nabi saw bersabda:


يا بني عبد مناف لا تمنعوا أحدا طاف بهذا البيت وصلى أية ساعة من ليل أو نهار


" Wahai keturunan Abdu Manaf, janganlah kamu tegah sesiapa yang tawaf di ka'bah ini dan solat pada bila-bila masa pun , siang atau malam." (Hr Abu Daud dan Tirmizi)

3. Tahiyat Tanah Haram dengan memakai Ihram.

4. Tahiyat Mina dengan membaling Jamrah yang tiga.

5. Tahiyat arafah dengan wuquf (berdiri) di situ.

Ketiga-tiga ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah Nabi saw lakukan ketika menunaikan Haji. Nabi saw bersabda:


لتأخذوا عني مناسككم


"Hendaklah kamu mengambil cara pelaksanaan ibadah haji dariku." (HS Muslim)

6. Tahiyyat sesama Muslim dengan mengucapkan salam. Nabi saw bersabda:


أفشوا السلام وأطعموا الطعام وصلوا بالليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام

" Sebarkanlah salam, berilah makan dan solatlah di waktu malam ketika manusia tidur pasti kamu akan masuk ke syurga dengan sejahtera." (Hr Tirmizi )

KESIMPULAN Semua Perkara ini dapat dilakukan oleh jemaah haji yang sedang menunaikan Haji di Makkah. Mudah2an haji mereka diterima. Rujukan: Ahakamu Tahiyyatul Masjid oleh Soleh Salim Abdullah as-Sahud.

Wednesday, October 7, 2009

LARANGAN MELINTASI ORANG YANG SEDANG SOLAT !!!

sekadar hiasan


Pada ruangan kali ini, penulis ingin menyentuh isu yang beraitan solat berjemaah. Akan tetapi bukan kelebihan solat berjemaah yang mahu disentuh oleh penulis, bahkan sebaliknya. Isu yang mahu dikongsi bersama-sama rakan-rakan pembaca pada kali ini adalah berkaitan dengan larangan melintasi orang yang sedang solat. Cuba perhatikan dikebanyakan masjid, ramai sekali masyarakat kita yang melintasi orang yang sedang solat. Misalnya, terdapat sebahagian jemaah yang berada di saf hadapan yang terus melintasi di hadapan jemaah yang di belakang tersebut. Justeru, perlulah kita merujuk kembali tentang permasalahan ini dan apakah jawapan ulama tentang hal ini?



Sabda Rasulullah s.a.w:



" لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيْ المْصَلِّيْ مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِيْنَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا أَدْرِيْ أَقَالَ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً"


“Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik daripada lalu di hadapan orang solat ini. Berkata perawi: “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut empat puluh hari atau bulan atau tahun”.
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Nabi s.a.w. lagi:


"إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْـتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ"


“Apabila seseorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah (penghadang) yang menghalanganya, jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi (melintasi) di hadapannya maka hendaklah menegahnya, jika ia (yang ingin melintasinya) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah syaitan”.
(Riwayat al-Bukhari)


Apabila difahami secara teliti, maka fahamlah kita bahawasanya melintasi orang yang sedang bersolat adalah berdosa dan ditegah oleh agama. Perlu diingati oleh setiap daripada kita untuk tidak melintasi orang yang sedang solat keran solat adalah satu cara untuk kita menyatakan ubudiyah kita kepada Allah s.w.t. Secara hakikatnya, kita berdiri, rukuk dan sujud semasa solat adalah tanda pengabdian kita kepada Allah s.w.t. Sekiranya seseorang melintasi orang yang sedang solat, maka ia telah merampas hak Allah s.w.t. yang tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang hamba.


Masakan tidaknya, falsafah yang terkandung dalam solat adalah semuanya menjurus kepada pengibadatan mutlak untuk Allah s.w.t. berdiri, rukuk, sujud dan yang berkaitan dengan solat adalah untuk Allah. Maka seseorang yang melintasi dihadapan orang yang sedang solat seolah-olah telah meletakkan dirinya untuk disembah oleh orang lain. Maka amat kurang ajar bagi sesiapa yang melakukan demikian.


Justeru, rakan-rakan pembaca sekalian maka ayuhlah kita perbaiki akhlak kita dan tingkahlaku dihadapan Allah s.w.t. dan juga dihadapan orang yang sedang solat. Walaupun kita ada urusan penting sekalipun, bersabarlah sekejap bagi mengelakkan kita melintasi orang yang sedang solat. Atau carilah ruang-ruang yang boleh kita lalui tanpa perlu melintasi orang yang sedang solat. Wallhu a’alam.


Shababmuslimgroup

Wednesday, September 30, 2009

MENYEMAI BUDAYA NASIHAT DALAM KALANGAN UMAT


Assalamualaikum wrt brkth.

Syukur kita kepada pencipta alam ini, Allah SWT yang masih memberi kita nikmat iman dan Islam serta limpahan rezeki dan kurniaan. Ruangan kali ini menyentuh mengenai budaya nasihat dalam kalangan umat Islam. Terutama melibatkan realiti semasa atau masa kini.

Rasulullah SAW bersabda; Agama itu nasihat, bertanya para sahabat; untuk siapa ya Rasulullah? Baginda menjawab; untuk Allah, kitabNya, rasulNya, pemimpin umat Islam dan umat Islam.

Rasulullah secara tegas menyentuh mengenai amalan nasihat dalam agama Islam. Sehingga mengatakan 'agama itu nasihat' sebagai menunjukkan peri pentingnya budaya nasihat dalam kehidupan umat Islam.

Dalam hadis nabi yang lain, iaitu daripada Jarir bin Abdullah r.a. katanya; Aku (Jarir) berbaiah kepada Rasulullah SAW untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat baik terhadap setiap muslim.

Realiti masa kini ramai kalangan kita yang tidak mengamalkan konsep nasihat dalam kehidupan seharian. Bahkan ada yang lebih teruk membiarkan sahaja rakan-rakan membuat silap dan mengumpat di belakang.

Konsep nasihat terlalu luas dan melibatkan setiap golongan masyarakat. Lebih indah kiranya kehidupan seharian kita di budayakan dengan konsep nasihat. Samada nasihat kepada pemimpin mahupun kepada rakyat biasa. Budaya nasihat akan mewujudkan masyarakat yang aman, berkerjasama dan mengelak daripada persengketaan.

Moga-moga kehidupan kita ini dibiasakan dengan budaya nasihat samada dalam keluarga, bersama rakan-rakan, dalam masyarakat serta hubungan rakyat dengan pemimpin.wassalam

Oleh: Shabab Muslim

SEBAIK-BAIK MANUSIA DI SISI ALLAH



Assalamualaikum wrt. brkth

Ruangan kali ini kami cuba berkongsi dengan rakan-rakan mengenai hadis berkaitan sebaik-baik manusia dari pandangan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya"
(Ahmad dan al-Hakim)


Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah.

Kita pernah mendengar sebuah lagu nasyid yang berkaitan solat iaitu 'Sepohon Kayu' yang berbunyi, " walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya". Malanglah bagi mereka yang dikurniakan umur yang panjang tetapi tidak berbuat amal makruf bahkan melakukan maksiat. Nauzubillahi min zalik.

Moga dengan hadis tersebut memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.


Oleh: Shabab Muslim 2009