Assalamualaikum wrt. brkth
Ruangan kali ini kami cuba berkongsi dengan rakan-rakan mengenai hadis berkaitan sebaik-baik manusia dari pandangan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Ahmad dan al-Hakim)
Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah.
Kita pernah mendengar sebuah lagu nasyid yang berkaitan solat iaitu 'Sepohon Kayu' yang berbunyi, " walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya". Malanglah bagi mereka yang dikurniakan umur yang panjang tetapi tidak berbuat amal makruf bahkan melakukan maksiat. Nauzubillahi min zalik.
Moga dengan hadis tersebut memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.
Oleh: Shabab Muslim 2009
0 comments:
Post a Comment