Syaitan berasal dari perkataan syatana bermaksud jauh (jauh dari setiap kebaikan dengan kefasiqannya). Ia juga membawa maksud takabbur, menderhakai, dijauhkan dari Allah S.W.T. Syaitan ialah symbol sifat kejahatan dalam kalangan manusia, jin dan binatang.
Kawan-kawan nak tau tak?
Iblis (Ketua Syaitan) pernah berjanji pada Allah S.W.T. Perjanjian tersebut ialah berkenaan usaha Iblis dan konco-konconya (Syaitan) akan menggoda manusia untuk melakukan keburukan dan mengikuti jalan mereka yang jijik. Senang kata, makhluk ini adalah musuh kepada manusia, janganlah kita mudah terpedaya dengan godaan makhluk ini ye..
“ Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu Hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Faatir: 6)
Selain itu juga, Allah juga memberi kebenaran kepada Iblis dan tenteranya dalam kalangan Syaitan untuk menyediakan pasukan untuk memerangi hamba-hamban-Nya (di sini bertujuan menguji keimanan manusia kepada Allah) Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“ Dan angkutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”.(Al-Isra’: 64)
Lagi satu berkenaan Syaitan yang perlu kita ketahui bersama, Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud: “ Sesungguhnya Syaitan itu meresap dalam diri anak Adam melalui perjalanan darah manusia di dalam tubuhnya”.
Baiklah kawan-kawan, inilah serba sedikit mengenai musuh ketat kita, iaitu Syaitan laknatullah. Semoga kita tidak terjerumus ke dalam perangkapnya.
0 comments:
Post a Comment