Friday, October 23, 2009

Doktor, Islam & Logik...Keajaiban Sunnah Nabi


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-


Cari makan, mengapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah S.A.W, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang terakhir), lalu Rasulullah S.A.W akan menghisap garam itu. Kemudian barulah baginda makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita akan mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Kerana enzim yang ada di tangan kanan merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), iaitu merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita. Mengapa garam? Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan , mengikut doctor di hospital-hospital, rawatan pertama untuk keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk yang ingin mengganggu manusia.


Cara Rasulullah S.A.W mengunyah

Rasulullah S.A.W akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan di dalam mulut betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


Membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T., apabila Basmalah dibaca maka dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah S.A.W minum

Janganlah kita minum berdiri walau hukumnya makruh, tetapi makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum daripada bekas yang besar dan jangan bernafas semasa sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam masa yang sama kita akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita menghembus nafas, kita akan mengeluarkan Co2, iaiti karbon dioksida yang bercampur dengan air Ho2, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka (minuman kita akan menjadi asid). Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama di atas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas hingga habis


Justeru, ayuhlah kita mengikuti sunnah Nabi S.A.W. Sekiranya kita tidak mampu untuk mengamalkan keseluruhan sunnah Nabi S.A.W, maka amalkanlah sunnah yang paling senang ini. Semoga kita menjadi umat yang disayangi oleh Nabinya.

0 comments:

Post a Comment