Friday, October 23, 2009

Siapakah Syaitan????


Syaitan berasal dari perkataan syatana bermaksud jauh (jauh dari setiap kebaikan dengan kefasiqannya). Ia juga membawa maksud takabbur, menderhakai, dijauhkan dari Allah S.W.T. Syaitan ialah symbol sifat kejahatan dalam kalangan manusia, jin dan binatang.


Kawan-kawan nak tau tak?

Iblis (Ketua Syaitan) pernah berjanji pada Allah S.W.T. Perjanjian tersebut ialah berkenaan usaha Iblis dan konco-konconya (Syaitan) akan menggoda manusia untuk melakukan keburukan dan mengikuti jalan mereka yang jijik. Senang kata, makhluk ini adalah musuh kepada manusia, janganlah kita mudah terpedaya dengan godaan makhluk ini ye..kan Allah pernah pesan pada kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


“ Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu Hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Faatir: 6)

Selain itu juga, Allah juga memberi kebenaran kepada Iblis dan tenteranya dalam kalangan Syaitan untuk menyediakan pasukan untuk memerangi hamba-hamban-Nya (di sini bertujuan menguji keimanan manusia kepada Allah) Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“ Dan angkutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”.(Al-Isra’: 64)


Lagi satu berkenaan Syaitan yang perlu kita ketahui bersama, Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud: “ Sesungguhnya Syaitan itu meresap dalam diri anak Adam melalui perjalanan darah manusia di dalam tubuhnya”.



Baiklah kawan-kawan, inilah serba sedikit mengenai musuh ketat kita, iaitu Syaitan laknatullah. Semoga kita tidak terjerumus ke dalam perangkapnya.


Doktor, Islam & Logik...Keajaiban Sunnah Nabi


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-


Cari makan, mengapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah S.A.W, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang terakhir), lalu Rasulullah S.A.W akan menghisap garam itu. Kemudian barulah baginda makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita akan mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Kerana enzim yang ada di tangan kanan merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), iaitu merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita. Mengapa garam? Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan , mengikut doctor di hospital-hospital, rawatan pertama untuk keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk yang ingin mengganggu manusia.


Cara Rasulullah S.A.W mengunyah

Rasulullah S.A.W akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan di dalam mulut betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


Membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T., apabila Basmalah dibaca maka dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


Cara Rasulullah S.A.W minum

Janganlah kita minum berdiri walau hukumnya makruh, tetapi makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum daripada bekas yang besar dan jangan bernafas semasa sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam masa yang sama kita akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita menghembus nafas, kita akan mengeluarkan Co2, iaiti karbon dioksida yang bercampur dengan air Ho2, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka (minuman kita akan menjadi asid). Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama di atas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas hingga habis


Justeru, ayuhlah kita mengikuti sunnah Nabi S.A.W. Sekiranya kita tidak mampu untuk mengamalkan keseluruhan sunnah Nabi S.A.W, maka amalkanlah sunnah yang paling senang ini. Semoga kita menjadi umat yang disayangi oleh Nabinya.

Wednesday, October 7, 2009

LARANGAN MELINTASI ORANG YANG SEDANG SOLAT !!!

sekadar hiasan


Pada ruangan kali ini, penulis ingin menyentuh isu yang beraitan solat berjemaah. Akan tetapi bukan kelebihan solat berjemaah yang mahu disentuh oleh penulis, bahkan sebaliknya. Isu yang mahu dikongsi bersama-sama rakan-rakan pembaca pada kali ini adalah berkaitan dengan larangan melintasi orang yang sedang solat. Cuba perhatikan dikebanyakan masjid, ramai sekali masyarakat kita yang melintasi orang yang sedang solat. Misalnya, terdapat sebahagian jemaah yang berada di saf hadapan yang terus melintasi di hadapan jemaah yang di belakang tersebut. Justeru, perlulah kita merujuk kembali tentang permasalahan ini dan apakah jawapan ulama tentang hal ini?



Sabda Rasulullah s.a.w:



" لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيْ المْصَلِّيْ مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِيْنَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا أَدْرِيْ أَقَالَ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً"


“Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik daripada lalu di hadapan orang solat ini. Berkata perawi: “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut empat puluh hari atau bulan atau tahun”.
(Riwayat al-Bukhari)


Sabda Nabi s.a.w. lagi:


"إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْـتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ"


“Apabila seseorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah (penghadang) yang menghalanganya, jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi (melintasi) di hadapannya maka hendaklah menegahnya, jika ia (yang ingin melintasinya) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah syaitan”.
(Riwayat al-Bukhari)


Apabila difahami secara teliti, maka fahamlah kita bahawasanya melintasi orang yang sedang bersolat adalah berdosa dan ditegah oleh agama. Perlu diingati oleh setiap daripada kita untuk tidak melintasi orang yang sedang solat keran solat adalah satu cara untuk kita menyatakan ubudiyah kita kepada Allah s.w.t. Secara hakikatnya, kita berdiri, rukuk dan sujud semasa solat adalah tanda pengabdian kita kepada Allah s.w.t. Sekiranya seseorang melintasi orang yang sedang solat, maka ia telah merampas hak Allah s.w.t. yang tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang hamba.


Masakan tidaknya, falsafah yang terkandung dalam solat adalah semuanya menjurus kepada pengibadatan mutlak untuk Allah s.w.t. berdiri, rukuk, sujud dan yang berkaitan dengan solat adalah untuk Allah. Maka seseorang yang melintasi dihadapan orang yang sedang solat seolah-olah telah meletakkan dirinya untuk disembah oleh orang lain. Maka amat kurang ajar bagi sesiapa yang melakukan demikian.


Justeru, rakan-rakan pembaca sekalian maka ayuhlah kita perbaiki akhlak kita dan tingkahlaku dihadapan Allah s.w.t. dan juga dihadapan orang yang sedang solat. Walaupun kita ada urusan penting sekalipun, bersabarlah sekejap bagi mengelakkan kita melintasi orang yang sedang solat. Atau carilah ruang-ruang yang boleh kita lalui tanpa perlu melintasi orang yang sedang solat. Wallhu a’alam.


Shababmuslimgroup